LAB 01 - HTML PART 1
Assalamualaikum dan hai !
Sesi Pembelajaran Pertama menggunakan HTML
Pada awal pembelajaran subjek WWW Programming, kami dikehendaki untuk melakukan aktiviti di dalam makmal menggunakan HTML secara individu, dimana setiap pelajar diminta untuk mereka cerita pendek/pengalaman mereka dengan menggunakan HTML.
HTML ialah Hypertext Markup Language, di mana ia merupakan salah satu varian dari SGML yang digunakan dalam pertukaran dokumen melalui protokol HTTP.
**SGML ialah Standard Generalized Markup Language. Ia merupakan nama popular ISO Standard 8879 (tahun 1986) yang merupakan standard ISO (International Organization for Standarization) untuk pertukaran dokumen secara elektronik dalam bentuk hypertext.
Gambar - gambar berikut merupakan hasil yang saya perolehi daripada pembelajaran tersebut.
Saya memilih untuk mereka sebuah cerita lawak menggunakan HTML kerana pengisiannya agak ringkas dan mudah memandangkan kami baru sahaja belajar asas mengenai HTML.
Pada akhir pembelajaran ini, saya dapati untuk mempelajari HTML ini dengan lebih mendalam, kita perlu sentiasa merujuk dan bertanya jika masih keliru dan tidak faham. Hal ini kerana HTML dan WWW Programming merupakan satu pembelajaran yang menyeronokkan jika kita mempunyai minat dan semangat yang mendalam untuk mempelajarinya.
Oleh itu, hasil yang saya perolehi ini mungkin akan saya perbaiki untuk kegunaan pada masa akan datang.
ini merupakan link bagi tugasan makmal 1 :
file:///C:/Users/USER/AppData/Local/Temp/Rar$EX00.684/lab01s239854/lab01s239854.html
Bagi mengetahui page source untuk tugasan ini, anda hanya perlu "right click" selepas membuka link tersebut.
Kemudian, pilih "View page source"
Terima Kasih. :)



Comments
Post a Comment